RPH



Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Malaysia

Tahun                                       :           2

Pengetahuan Sedia ada         :           Murid pernah menulis ayat mudah dan ringkas pada
pelajaran lepas.

Masa                                       :           30 minit

Tajuk                                        :           Taman Permainan

Hasil Pembelajaran                 :           8.1  Aras 1 (i)  Membina dan menulis pelbagai jenis ayat.
5.1 Aras 1 (i)  Membaca pelbagai jenis ayat dengan betul

Objektif                                    :           Pada akhir pelajaran murid dapat :

 Membina ayat tunggal dan majmuk yang mudah berdasarkan gambar .

Nilai Murni                               :           Tolong- menolong, Bekerjasama, Berusaha

Kemahiran Berfikir                   :           Pembelajaran Kontektual

Penyerapan Ilmu                     :           Pendidikan Jasmani, Pendidikan Moral

Sistem Bahasa                         :           Sintaksis – Ayat Tunggal , Ayat Majmuk

Bahan Bantu Mengajar           :           Gambar tunggal, Kad gambar, Lembaran kerja, Kertas 
                                                             sebak, Pen Marker

Aktivti P&P                                :          

Set Induksi ( 2 minit)

1.       Guru bertanya soalan kepada murid berdasarkan gambar.
-          Ini gambar apa ?
-          Apakah yang ada dalam gambar ?

               2.  Murid menyebut perkataan dan ayat berdasarkan gambar.
               3.  Guru memulakan pengajaran pada hari itu berdasarkan jawapan murid.

Langkah 1 (10 minit )

1.                Guru menunjukkan gambar taman permainan dan meminta murid memberikan   
            jawapan tentang  gambar. ( Kelas )
2.                Murid berbincang tentang gambar berkenaan. ( Individu )
3.                Murid diminta membina ayat tunggal dan majmuk yang mudah berdasarkan gambar
            yang diberi. (Individu )
4.                Guru membantu membetulkan jawapan murid jika perlu.

Langkah 2 (10 minit )

5.                Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.
6.                Murid diedarkan gambar tunggal , kertas sebak dan pen marker setiap kumpulan.
7.                Murid dalam kumpulan membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah
           berdasarkan gambar yang diberikan setiap kumpulan.
8.                Guru menyemak ayat murid dan membantu murid membetulkan ayatnya.

Langkah 3 ( 5 minit )

9.                Murid membaca ayat yang ditulis dalam kumpulan di depan kelas bersama guru dan    
            rakan-rakan lain di kelas.
10.            Guru menyemak dan membetulkan ayat murid. ( Jika perlu )
11.            Guru menekankan kesalahan yang dilakukan oleh murid jika ada.

Penutup ( 5 minit )
12.            Guru memberi penekanan kepada murid tentang cara menulis ayat yang betul
            berdasarkan gambar yang diberikan.
13.            Murid diberi lembaran kerja membina ayat mudah.
14.            Lembaran murid akan dinilai pada pelajaran berikutnya.


Selamat Berjaya !